~~~CHAPTER 2~~~


Sekejapan mereka menghabiskan sisa-sisa ‘perang’. Kemudian, diorang bersiap untuk turun makan bersama rakan-rakan lain.Pada hari itu, riuh satu blok asrama dengan suara-suara bingit diorang dan rakan-rakan asrama yang lain. Masing-masing sibuk bercerita tentang cuti yang lepas. 

Kehidupan di asrama terasa indah jika dapat dinikmati sebaiknya. Namun kadangkala ada antaranya tidak dapat mengelak daripada mengalami tekanan di sebalik keceriaan yang terserlah. Itulah onak duri hostel life!

‘Apa kes ko ngan Kak Atiey tu?’ Tanya Shida sambil menyumbat roti ke dalam mulut yang dibuka luas. Sefia hanya tersenyum.

‘Takde kes pape pun,’. Suapan mee dilajukan. Sedap pulak sup hari ni, katanya dalam hati. Sefia malas hendak bersoal jawab dengan rakannya tu. Sekali dijawab, bertambah-tambah pulak nanti soalan lain.

“Alah, iye la tu. Ko tu macam la aku tak kenal. Tahun ni ngan akak tu, tahun lepas ngan akak ni, tahun lain-lain tak tau la sape yang jadi kakak angkat ko pulak.hmm…” omel Shida tanda protes persoalannya yang tiada respon daripada Sefia.

Bukan dia seorang sahaja malah rakan-rakan yang lain juga sudah tahu akan fenomena kehidupan peribadi Sefia. Memang setiap tahun ada sahaja pelajar senior yang akan rapat  dengan Sefia. Dan selepas tu,  mengangkat status sebagai adik angkat ataupun teman yang disayangi. Mereka selalu berfikir, perlu ke? Persoalan yang tiada jawapan sampai ke sudah.

Anis diam menikmati makanan waktu rehatnya.Dia juga  sudah utarakan perihal itu  kepada Sefia tetapi reaksi sebentar tadi juga yang telah diterima.

“ Wait! Sorry ok. Tu semua aku dah tak main lah. Tu last story punye. Kak Atiey je yang last. Aku tak nak dah.” Jawab Sefia. Dia memang benar-benar mahukan apa yang dikatakan sebentar tadi. Jiwanya sudah sesak bermain dengan kasih sayang yang entah apa-apa. Bila difikirkan kembali, semua yang telah di alami terlalu mengarut tetapi perkara sudah berlaku. Dia cuma pasrah.

“Kalau macam tu baguslah. Aku pun dah naik bosan tau tengok ko asyik berkepit dengan senior-senior ni. Masa dengan kitorang ko burn macam tu je. 

“ Luah Nad yang hanya berdiam diri daripada tadi. Mungkin benar apa yang rakan-rakannya beritahu, bosan. Ya, ungkapan itu memang sesuai buat masa sekarang. Bosan dengan apa yang dilalui rakannya.

“ Yela..yela..aku mintak maaf ok. Dah la wei. Jom masuk kelas. Dah lebih setengah jam lepak sini. Korang pun mkn dh hbs.” Ajak Sefia seraya menutup topik yang sudah mula bertukar menjadi haru.

Mereka bergegas bangun sambil melangkah laju ke kelas. Subjek Matematik yang diajar oleh Cikgu Mamat bukan boleh dibuat main-main. Dengar sahaja derap kakinya pelajar-pelajar yang berada di dalam kelas sudah mula kecut perut. Bukan takut dengan kegarangannya tetapi takut akan malu yang diterima jika tidak dapat menjawab soalan spontan yang diajukan Cikgu Mamat. Ejekannya agak berbisa sampai ada yang tak berani datang ke sekolah 2 atau 3 hari selepas kejadian  tragis yang telah ditimpa.Fuh!

To be continue......

No comments:

Post a Comment